Rabu, 27 Februari 2013

Kaedah Penanaman & Penjagaan Pokok Pisang


Kaedah Penanaman & Penjagaan Pokok Pisang


Pokok pisang amat sesuai ditanam di negara kita dan hasilnya amat menguntungkan jika betul cara penjagaannya dan pisang juga berbuah tidak mengikut musim.

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang perlu diambil kira semasa peringkat menanam pisang:

1. Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang.  Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata.  Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang.  Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok.  Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.

Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang.  Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%.  Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.

Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka.  Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi.  Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.

Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah.  Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok.  Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.  Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.


2. Bahan tanaman:

Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-


Sulur Dara    
Sulur Pedang
Sulur Payung
-    Akar akar sudah terbentuk
-    Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.
-    Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah.

Namun kini, penanaman pisang digalakkan menggunakan KAEDAH TISU KULTUR bagi mengelakkan penyakit MOKO yang disebabkan oleh sejenis bakteria yannama saintifiknya adalah Ralstonia Solanacearum E.  Penyakit ini berjangkit ketika memotong sulur untuk dijadikan bahan tanaman (perpindah melalui parang, cangkul dan merebak melalui tanah).  Kaedah tisu kultur dapat mengelakkan penyakit malah pokok lebih sihat dan buah yang lebih berkualiti.



3. Sistem Penanaman:

  • Tanaman Tunggal. Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan.  Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar.  Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
  • Tanaman Selingan.  Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama.  Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.

4. Cara penanaman:
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki).  Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat.  Digalak menggunakan Baja Bio King bagi membiak mikrob untuk menyuburkan tanah ketahap maksima.  Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.

5. Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm.  Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan.  Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.

Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport.  Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja).  Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.  Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang.  Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.

Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua.  Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.

6. Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari.  Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan.  Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi.  Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.


7. Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan.  Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan.  Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan.  Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.


8. Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman.  Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.


9. Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.


10. Pembungkusan Tandan Pisang:
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang.  Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong.  Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.

Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu.  Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas.  Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.


11. Kutipan Hasil:
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam.  Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian.  Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian.  Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah.  Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan   lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah.

SELAMAT BERJAYA

Ahad, 17 Februari 2013

Baja Organik BIO KING - Pengedar dialu2kan


BAJA ORGANIK BIO KING


TERBUKA KEPADA PEMBEKAL / DISTRIBUTER

Baja Organik BIO KING merupakan produk terbaharu di pasaran yang telah dijalankan R&D di ladang-ladang pisang, betik, nanas, getah, sawit dan sayur-sayuran di seluruh negara.  BIO KING telah berada di pasaran semenjak 2008 dan telah menjadi pilihan petani dan penternak di Malaysia dan digunakan oleh ramai pengusaha nursery dan ikan perhiasan di Singapura.  BIO KING mampu mempertingkatkan kualiti dan hasil tuaian sehingga lebih 100%!!

Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan menjana pendapatan yang lumayan!!

KAMI MAMPU MEMBEKALKAN SEBANYAK 500,000 LITER SEBULAN DAN BOLEH TINGKATKAN PENGELUARAN BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK PASARAN.
e
Harga Pasaran :  

RM150/liter - RM180/liter


Harga Borong :

RM45/liter (lebih 50,000 liter) & RM65/liter (kurang 50,000 liter) 


Kaedah Penggunaan : 

-  3 bulan sekali

-  1 liter + 200 Liter air bertapis, hujan atau perigi (tanpa klorin).


Kelebihan :

Kami menawarkan pada harga borong yang amat berpatutan dan dihantar kepada anda secara pukal.  Anda boleh menjenamakan semula (rebrand) dan kami sedia membantu anda dalam aspek pemasaran.








Pokok sawit mula berbuah pada usia 2 tahun setengah kerana amalan pertanian yang baik.  Tanah yang subur terbentuk daripada berbilion mikrob baik dan pokok menjadi lebih sihat dan berkualiti kerana mendapat khasiat yang mencukupi.







TAHUKAH ANDA?



Tahukah anda bahawa kebanyakan baja yang terdapat di pasaran yang terdiri daripada baja NPK dan baja organik yang sering kita gunakan adalahTIDAK HALAL?

Tahukah anda ada di antara baja tersebut berasaskan najis dan darah BABI?  Tidak susah untuk memastikan sekiranya baja tersebut mengandungi unsur-unsur babi kerana alat pengesan unsur BABI boleh anda dapati di pasaran.  Dan anda pasti terkejut dengan keputusan yang akan anda perolehi!!!

Umat Islam amat sensitif akan perkara ini dan pastinya akan menyukarkan golongan petani kerana mereka sentiasa memegang dan mengangkut baja-baja tersebut dan tentunya kena pada tangan, badan dan pakaian harian mereka.  

JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA.  
SEBAR-SEBARKAN!!


APA ITU BAJA ORGANIK DAN KELEBIHAN BIO KING


Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

Penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. 
Dengan menggunakan baja organik, kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian.

 KEISTIMEWAAN
  • Tidak berbau dan mudah digunakan.
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan malah meningkatkan Microb dalam tanah.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
  • Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
  • Bebas daripada Parasit, Pathogen & Phytotoxin.
  • Meningkatkan daya tahan tanah.
  • Befungsi sebagai "Growth Stimulation" dan "Soil Conditioner"
  • Bebas dari benih rumput dan tanaman liar.
  • Membaiki tanah yang rosak hasil pengunaan baja kimia.
  • Meningkat hasil tuaian sehingga 100%.
  • Hasil tuaian menjadi lebih sedap.
  • Harga yang murah serta bermutu tinggi.
  • PASTINYA HALAL

Anak Pisang Tisu Kultur

Baru di alih ke tapak semaian




Sedia untuk diserah kepada pembeli
Kami membekalkan anak-anak pokok tisu kultur anak pisang berangan, pisang abu dan pisang tanduk (3 biji). 

Anak-anak pokok pisang telah ditanam di dalam polybag dan diserahkan kepada pembeli pada ketinggian 6 inci - 8 inci.  


Harga :

RM2.60/pokok dan RM3.50/pokok (pisang tanduk)

Ahad, 20 Januari 2013

Tanaman Tisu Kultur & Pembekal Baja Organik Terbaik - Pengedar Diperlukan


Salam Perkenalan.


BU Solution merupakan syarikat milik penuh Bumiputera dan kami menyediakan perkhidmatan membekalkan anak-anak pokok tissue culture untuk pokok pisang (berangan, cavendish, abu dan tanduk 3 biji).

Kami juga merupakan pembekal  Baja Organik BIO KING untuk pertanian dan BIO KING 88 untuk penternakan.

Kami berada di alamat di No.52A, Blok 4 Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/49 Seksyen 13, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 



APA ITU KAEDAH TISSUE CULTURE?


Ia merupakan teknik melipatgandakan tanaman melalui kultur salah satu organ dari tanaman induk dalam kondisi aseftic (steril) dan ditumbuhkan pada media dan kondisi lingkungan yang sesuai, sehingga organ tanaman yang dikulturkan beregenerasi menjadi puluhan tanaman baru yang memiliki sifat sama dengan induknya. 


KELEBIHAN POKOK TISSUE CULTURE



Pokok-pokok yang terhasil daripada tissue culture disahkan amat tahan penyakit, kuat dan mampu menghasilkan hasil tuaian yang bermutu tinggi dan hasil yang berlipat ganda.  Perkembangan sains dan teknologi kini berjaya mengubah perspektif konvensional orang ramai terhadap bidang pertanian di mana pada masa kini para petani mampu menjana pendapatan yang lumayan.







BAJA ORGANIK BIO KING

TERBUKA KEPADA PEMBEKAL / DISTRIBUTER

Baja Organik BIO KING merupakan produk terbaharu di pasaran yang telah dijalankan R&D di ladang-ladang pisang, betik, nanas, getah, sawit dan sayur-sayuran di seluruh negara.  BIO KING telah berada di pasaran semenjak 2008 dan telah menjadi pilihan petani dan penternak di Malaysia dan digunakan oleh ramai pengusaha nursery dan ikan perhiasan di Singapura.  BIO KING mampu mempertingkatkan kualiti dan hasil tuaian sehingga lebih 100%!!

Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan menjana pendapatan yang lumayan!!

KAMI MAMPU MEMBEKALKAN SEBANYAK 500,000 LITER SEBULAN DAN BOLEH TINGKATKAN PENGELUARAN BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK PASARAN.
e

Harga Pasaran :  

RM150/liter - RM180/liter


Harga Borong :

RM45/liter (lebih 50,000 liter) & RM65/liter (kurang 50,000 liter) 


Kaedah Penggunaan : 

-  3 bulan sekali

-  1 liter + 200 Liter air bertapis, hujan atau perigi (tanpa klorin).


Kelebihan :

Kami menawarkan pada harga borong yang amat berpatutan dan dihantar kepada anda secara pukal.  Anda boleh menjenamakan semula (rebrand) dan kami sedia membantu anda dalam aspek pemasaran.









Pokok sawit mula berbuah pada usia 2 tahun setengah kerana amalan pertanian yang baik.  Tanah yang subur terbentuk daripada berbilion mikrob baik dan pokok menjadi lebih sihat dan berkualiti kerana mendapat khasiat yang mencukupi.







TAHUKAH ANDA?





Tahukah anda bahawa kebanyakan baja yang terdapat di pasaran yang terdiri daripada baja NPK dan baja organik yang sering kita gunakan adalah TIDAK HALAL?

Tahukah anda ada di antara baja tersebut berasaskan najis dan darah BABI?  Tidak susah untuk memastikan sekiranya baja tersebut mengandungi unsur-unsur babi kerana alat pengesan unsur BABI boleh anda dapati di pasaran.  Dan anda pasti terkejut dengan keputusan yang akan anda perolehi!!!

Umat Islam amat sensitif akan perkara ini dan pastinya akan menyukarkan golongan petani kerana mereka sentiasa memegang dan mengangkut baja-baja tersebut dan tentunya kena pada tangan, badan dan pakaian harian mereka.  

JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA.  
SEBAR-SEBARKAN!!



APA ITU BAJA ORGANIK DAN KELEBIHAN BIO KING


Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

Penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. 
Dengan menggunakan baja organik, kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian.

 KEISTIMEWAAN
  • Tidak berbau dan mudah digunakan.
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan malah meningkatkan Microb dalam tanah.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
  • Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
  • Bebas daripada Parasit, Pathogen & Phytotoxin.
  • Meningkatkan daya tahan tanah.
  • Befungsi sebagai "Growth Stimulation" dan "Soil Conditioner"
  • Bebas dari benih rumput dan tanaman liar.
  • Membaiki tanah yang rosak hasil pengunaan baja kimia.
  • Meningkat hasil tuaian sehingga 100%.
  • Hasil tuaian menjadi lebih sedap.
  • Harga yang murah serta bermutu tinggi.
  • PASTINYA HALAL

Apakah MIKROB & Peranan Mereka?

Mikrob adalah bentuk kehidupan yang tertua di bumi (berusia lebih dari 3.8 billion tahun).  Mikrob adalah organisma mikro skopik, kulat, bakteria, protozoa dan virus jenis mikrob yang berbeza sifatnya. Walaupun anda tidak dapat melihatnya tanpa mikroskop, mikrob sebenarnya berada di mana-mana.

Mikrob adalah pejuang yang terulung, ianya boleh didapati hampir di mana-mana sahaja di bumi ini.  Di dalam tanah yang berada di bawah kaki anda, mungkin terdapat pelbagai jutaan mikrob. Bagi segenggam tanah, mikrob boleh mencecah sehingga 1 billion.

Mikrob mengeluarkan oksigen lebih dari separuh untuk keperluan kita bernafas. Terdapat mikrob pemusnah (pathogen) yang boleh menyebabkan penyakit dan juga banyak mikrob baik yang membantu haiwan dan manusia menghasilkan ubat-ubatan.

Kombinasi berbeza antara mikrob-mikrob yang baik dapat membantu petani dan peladang bercucuk tanam dan menghasilkan tanaman yang banyak tanpa menggunakan baja yang boleh merosakkan alam sekitar.  Tanah kita hidup.  Walaupun, tidak kelihatan dengan mata kasar, ianya ialah penghadam yang terhebat di bumi, sentiasa menghuraikan bahan organik kepada bentuk yang boleh diguna semula “usable form” dan boleh dikenal pasti, diserap oleh tumbuhan yang akhirnya memberi pertumbuhan yang baru.

Keajaiban kehidupan organism yang kompleks ini dipanggil mikrob, ianya bekerja keras mengubah kompaun organik yang kompleks seperti tanin, lignin, protein karbohidrat, selulos, pektin dan sebagainya kepada bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan dalam proses pertumbuhan.

Mikrob membantu dengan menstabilkan kandungan tanah dengan menggabungkan secara fizikal jisim-jisim tanah. Mereka menghasilkan produk sampingan seperti glomalin yang bertindak sebagai “gam” yang membantu mencantumkan jisim tanah liat dan bahan organik, dan seterusnya menyumbang kepada penggabungan tanah. Semua ini terjadi bagi membentuk satu tanah yang subur dan produktif.

Tanah yang subur sepatutnya mengandungi tidak kurang dari 1 billion mikrob per gram. Kehadiran mikrob ini memastikan nutrient akan sentiasa tersedia untuk tanaman pada kadar yang stabil. Walau bagaimanapun, penggunaan berterusan baja kimia, racun rumpai, racun kulat dan racun perosak akan menjadikan tanah tandus. Malangnya, mikrob-mikrob yang kaya ini tidak dapat hidup dan bertahan lama di dalam persekitaran tanah berkimia yang tinggi.

Mikrob-mikrob memerlukan makanan dalam bentuk bahan organik bagi menjamin tanah yang subur dan produktif kepada tanaman. Baja Kimia memberi makanan kepada tanaman, tetapi bukannya kepada mikrob dalam tanah.  Kaedah pertanian melalui sistem baja kimia telah menjadikan tanah tidak seimbang yang akan mengudang serangan penyakit dan serangga serta masalah alam sekitar saperti hakisan dan pencemaran air dalam tanah.


  
Peranan MIKROB Untuk Kesuburan Tumbuhan & Tanah
  • Memperbaiki penggemburan tanah.
  • mengurai jisim organik.
  • mengawal hakisan.
  • Meningkatkan kadar mineral sedia ada kepada tumbuhan.
  • Mengurai toksin.
  • Menggalakkkan pertumbuhan akar yang sihat.
  • Merawat kelemahan serta meningkat dan mengekalkan kesihatan.
    tanah melalui antibiotik yang dikeluarkan oleh mikroorganisma (terutama actinomycetes): memberi tekanan (“stress”) kepada patogen.
  • Meningkatkan daya tahan tanaman daripada serangan penyakit atau perosak dan patogen.
  • Merencatkan dan mengawal pertumbuhan bakteria patogen, seperti kulat Ganoderma dll., yang boleh menjejaskan hasil.

Mikrob memainkan peranan yang penting dengan menyuburkan tanaman dengan memberikan nutrien yang diperlukan.  Mikrob-mikrob ini kemudiannya membaik pulih nitrogen atmosfera, melarutkan dan mengalihkan fosforos, memindahkan elemen-elemen kecil saperti zink, besi, tembaga dan sebagainya kepada tanaman.

Nutrien organik dalam bentuk asalnya, tidak tersedia kepada akar tanaman untuk diserap.  Mikrob dalam tanah yang baik saperti  “aerobic microbes”  dapat menyediakan nutrien yang perlu kepada tanaman melalui penguraian pemakanannya. Nutrien dari penghadaman mikrob ini menghasilkan “microbial digestion” kekal di dalam tanah sehingga tumbuhan bersedia untuk menggunakan nutrien tersebut.

Mikrob juga menghadam sesama sendiri, dan mengubah nutrien organik untuk tumbuhan. Sebagai balasan pula tumbuhan mengeluarkan  bahan karbon untuk mikrob sebagai sumber tenaganya. Ianya adalah satu eko sistem yang paling lama di bumi ini.

  

PERBANDINGAN BAJA KIMIA DAN MIKROB: 


Faedah & Kesannnya Ke Atas Tanah & Tumbuhan


1. BAJA KIMIA :

Baja Kimia mempunyai kelebihan di mana ianya dapat disalurkan terus dan cepat ke atas tanaman. Baja Kimia yang dicampurkan dengan sempurna mengikut nisbah kadar tetap N:P:K, dan kemudiannya digunakan untuk tanaman pada waktu yang sesuai boleh membantu kehidupan tanaman. Baja kimia tidak mempunyai sebarang tenaga (karbon). Baja Kimia dengan hanya kandungan tetap bahan kimia NPK tidak mempunyai nutrient yang lengkap untuk membantu kehidupan tanaman dan membentuk tanah yang subur.

Baja Kimia yang disaluti bahan bagi mengelakkanya terlarut dengan cepat, ianya mestilah digunakan dengan penuh hati-hati, terutamanya  ke atas tanah berpasir, yang mana boleh menyebabkan akar melecur dan seterusnya menyerap dengan cepat sehingga melangkaui jarak capaian akar.  Bagi tanah liat atau tanah yang mengandungi kadar organik yang tinggi dan kandungan humus yang baik, ini bukanlah satu masalah yang besar.

Apa yang tidak disedari petani selepas hujan lebat, baja Kimia yang belum terlarut akan dihanyutkan ke mengikut saluran air.  Akhirnya bekalan air kita akan tercemar dan secara perlahan membunuh khasiat-khasiat mikro-organisma di dalam sistem semulajadi kita.

Sekiranya tiada jisim organik di dalam tanah, bahan kimia NPK tersebut boleh meracuni tanah dan tanaman kita. Tanah yang tidak sihat akan menyebabkan tumbuhan lebih mudah terdedah kepada penyakit dan serangan serangga.  Hasil dari kegunaan bahan kimia yang berlarutan, kandungan sodium dalam tanah akan meningkat dan tanah menjadi tandus.



2. BAJA PENYUBUR TANAH + MIKROB :

Satu pakej Mikrob mengandungi semua karbon / tenaga bagi memenuhi keperluan mikrob-mikrob tanah. Mikrob mengandungi tenaga dan komponen-komponen yang lain yang diperlukan bagi membentuk kesuburan tanah secara berterusan, struktur leraian (crumb structure), meningkatkan kadar takungan air, pemakanan berkhasiat kepada hidupan tanah, merapikan tanah, dan menyumbang kepada beratus-ratus hidupan yang masih belum diketahui yang membolehkan tumbuhan hidup dengan sihat dan sempurna.

Bagi membolehkan tumbuhan diberi makan dengan betul, samada baja kimia atau organik, hidupan mikrob di dalam tanah mestilah memproses baja tersebut dalam bentuk bahan dan kemudian dibebaskan dengan kadar yang betul bagi kesempurnaan tumbuhan menyerapnya.

Memberikan baja Kimia kepada tumbuhan, boleh memusnahkan struktur hidupan tanah dan membiarkan tumbuhan bergantung kepada bahan kimia. Kadar takungan air dalam tanah, dan daya ketahanan tumbuhan kepada serangan penyakit akan berkurangan. Satu cara bagi memastikan tumbuhan kelihatan segar adalah dengan memberikannya bahan berasaskan kimia mengikut kadar keperluan yang secukupnya sahaja.

Kesedaran mengenai ancaman sebenar ke atas alam sekitar melalui pengunaan bahan kimia telah mencetuskan tindakan peladang-peladang  menghindarkan dari menggunakan bahan kimia secara am. Di dalam industrI pertanian, pemahaman berkenaan hubung kait antara tumbuhan yang sihat, dan struktur tanah organik yang baik juga sedang berkembang. Malah, segmen organik telah diberikan potensi peningkatan yang besar dalam industri pertanian dan pemakanan.

Struktur tanah yang baik adalah yang bebas dari bahan kimia, baja kimia, racun perosak, racun rumpai dan racun fungus adalah penyumbang utama kepada struktur tanah yang rosak.  Struktur tanah ladang organik yang baik akan menghasilkan tanaman yang sihat, lebih hasil tuaian sawit, getah dan buah-buahan, ketahanan ke atas penyakit yang lebih baik, pengawasan tanah dan kadar takungan air yang lebih baik.

Sebaliknya tanah lebih baik difahami dari sudut biologi berbanding dari sudut kimia. Tanah yang baik adalah yang hidup! Dengan mengembalikan mikro-organisma ke dalam tanah, rantaian pemakanan tanah akan mula menyelesaikan banyak masalah dengan kaedah semulajadi. Keadaan akan bertambah baik apabila kulat dan mikrob mula bekerja ke atas tanah anda, tak kira tanah jenis apa yang anda usahakan. Untungnya pada masa hadapan, anda boleh mengurangkan kadar baja yang anda perlukan dengan memperbetulkan struktur tanah dan menambah jisim organik ke atas tanah setiap masa. Hasilnya ialah tanah akan kaya dan subur, serta kurang memerlukan baja tambahan kimia.

Hidupan mikro berkisar mengenai pemprosesan makanan dan membenarkan sistem semulajadinya bertindak tanpa gangguan. Kesemua nutrient mestilah dihadamkan oleh tindakan mikrob sebelum nutrient tersebut tersedia untuk diserap oleh akar.

Semua hidupan mikrob akan bergabung dengan hidupan yang lain dalam tanah dan mula menghasilkan pemakanan kepada tumbuhan, mengudarakan kepada tanah dan memastikan lembapan tersimpan di hari yang kering. Setiap kali bakteria dan kulat dihadamkan, maka terhasillah nutrien semulajadi.

Baja Mikrob akan mengekalkan nutrient ke atas tanah sehinggalah tumbuhan memerlukan nutrient tersebut dan memproseskannya. Sebagai pertukaran ke atas nutrient-nutrien tersebut, tumbuhan pula akan menghasilkan cairan dari akarnya yang kemudiannya menyediakan punca pemakanan yang baik untuk menampung kehidupan mikrob. Ringkasnya, itulah satu rantaian pemakanan eko sistem tanah yang berfungsi dengan sihat.

Mikrob adalah ramuan utama bagi struktur tanah yang baik.  Setelah mereka menukar nutrient organik dan jisim organik ke bentuk yang mudah larut, mikrob akan pastikan nutrient-nutrien tersebut tersimpan di dalam tanah bagi kegunaan tumbuhan yang akan datang. Walaupun masa beredar, ianya tidak akan tersisih. Tambahan pula ia akan menghasilkan produk sampingan yang dipanggil “glomalin”, yang bertindak sebagai gam, yang menyambungkan jisim tanah dan jisim organic. Proses ini meningkatkan lagi struktur tanah.

Seterusnya, tanah akan menjadi lebih poros, membolehkan oksigen dan air meresap jauh ke dalam tanah. Kesihatan keseluruhan tanah bergantung kepada jumlah air dan oksigen yang masuk ke dalam tanah sehingga ke sistem akar.  Itulah sebabnya mengapa agak sukar untuk bercucuk tanam di tanah yang padat.

Sebagai tambahan kepada memberikan tumbuhan nutrien yang mudah larut, oksigen dan air, mikrob-mikrob juga mengawal persekitaran tanah, mempertahan tumbuhan dari patogen-patogen tumbuhan. Kadang-kadang mereka juga dipanggil “pathogen patrol”.  Kulat juga boleh bertindak sebagai kawan (mycorrhizae) atau musuh ketat kepada suatu tumbuhan yang sihat. Kulat berpathogen adalah musuh paling ketat dan merbahaya kepada tanaman (sebagai tambahan kepada pelbagai haiwan rodensia).

Dalam tanah yang subur, mikrob dan kulat yang kaya memenuhi kesemua ruang yang ada, menghalang pathogen dari bertapak dan mula mengancam tumbuhan yang sihat.  Mikrob mampu menghindari pathogen-pathogen melalui 2 cara iaitu melalui pelepasam kompaun antibiotik dan perebutan ruang dan makanan di dalam tanah. Adalah jarang sekali bagi kulat berpathogen untuk menceroboh dan mengambil alih ruang tumbuhan ke atas tanaman yang berada di tanah yang subur.

Bila kesemua ruang yang ada di dalam tanah dipenuhi dengan mikrob-mikrob yang kaya ini, tiada lagi ruang yang tinggal bagi pathogen bertapak dan melakukan kerosakan. Terdapat juga pertarungan yang berterusan bagi merebut nutrient-nutrien yang sedia ada.  Semakin besar jumlah konsentrasi mikrob-mikrob yang kaya ini, semakin kurang nutrient untuk pathogen.


KAEDAH PEMBAJAAN




Semburan ke tanah (jarak 1.5 - 2 kaki dari pangkal pokok), bagi tujuan penggalakkan akar-akar baru).




Semburan dibuat setiap 3 BULAN SEKALI.



Sekiranya pokok tersebut bermasalah (tidak subur, tidak berbuahberpenyakit dsb), semburan  perlu dibuat SETIAP 30 HARI bertujuan merawat tanah dan pokok.


Semburan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja dan AMAT BERKESAN APABILA HUJAN kerana mikrob akan menjadi lebih aktif.







BIO KING 88


1.  IKAN AIR TAWAR

Larutan ini mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil ikan ke tahap yang lebih baik.  Ia mempertingkatkan sistem imun ikan dan mempercepatkan tuaian sehingga 2 bulan lebih awal.  Ikan juga akan lebih cepat membesar dan membiak sekaligus dapat dijual lebih awal dan menjimatkan kos makanan yang tinggi.





Bancuhan  :  100ml + 1000 liter

Harga Pasaran :  RM90/liter.  Kaedah penggunaan : 1 bulan sekali.






TERNAKAN AYAM, ITIK, LEMBU, KAMBING, RUSA, KIJANG DAN LAIN-LAIN

BIO KING 88 boleh dicampurkan bersama air untuk minuman dan juga disembur pada makanan di mana ia mampu mempertingkatkan kualiti binatang ternakan di samping meningkatkan berat badan serta menambah jumlah telur untuk ayam dan itik.

Sekiranya binatang ternakan mengalami luka dan diserang penyakit kulit, boleh sapukan BIO KING 88 di kawasan tersebut.  Manakala jika ada jangkitan mata, boleh sembur BIO KING 88 di mata tersebut.  Luka dan penyakit akan sembuh hanya dalam masa 5-10 hari.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

En. Nizam  :  019-3457815 / 03-56502634

Email          :  bu_solution88@yahoo.com