Salam Perkenalan.
BU Solution merupakan syarikat milik penuh Bumiputera dan kami menyediakan perkhidmatan membekalkan anak-anak pokok tissue culture untuk pokok pisang (berangan, cavendish, abu dan tanduk 3 biji).
Kami juga merupakan pembekal Baja Organik BIO KING untuk pertanian dan BIO KING 88 untuk penternakan.
Kami juga merupakan pembekal Baja Organik BIO KING untuk pertanian dan BIO KING 88 untuk penternakan.
Kami berada di alamat di No.52A, Blok 4 Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/49 Seksyen 13, 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
APA ITU KAEDAH TISSUE CULTURE?
Ia merupakan teknik melipatgandakan tanaman melalui kultur salah satu organ dari tanaman induk dalam kondisi aseftic (steril) dan ditumbuhkan pada media dan kondisi lingkungan yang sesuai, sehingga organ tanaman yang dikulturkan beregenerasi menjadi puluhan tanaman baru yang memiliki sifat sama dengan induknya.
KELEBIHAN POKOK TISSUE CULTURE
Pokok-pokok yang terhasil daripada tissue culture disahkan amat tahan penyakit, kuat dan mampu menghasilkan hasil tuaian yang bermutu tinggi dan hasil yang berlipat ganda. Perkembangan sains dan teknologi kini berjaya mengubah perspektif konvensional orang ramai terhadap bidang pertanian di mana pada masa kini para petani mampu menjana pendapatan yang lumayan.
BAJA ORGANIK BIO KING
TERBUKA KEPADA PEMBEKAL / DISTRIBUTER
Baja Organik BIO KING merupakan produk terbaharu di pasaran yang telah dijalankan R&D di ladang-ladang pisang, betik, nanas, getah, sawit dan sayur-sayuran di seluruh negara. BIO KING telah berada di pasaran semenjak 2008 dan telah menjadi pilihan petani dan penternak di Malaysia dan digunakan oleh ramai pengusaha nursery dan ikan perhiasan di Singapura. BIO KING mampu mempertingkatkan kualiti dan hasil tuaian sehingga lebih 100%!!
Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan menjana pendapatan yang lumayan!!
KAMI MAMPU MEMBEKALKAN SEBANYAK 500,000 LITER SEBULAN DAN BOLEH TINGKATKAN PENGELUARAN BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK PASARAN.
e
Harga Pasaran : TERBUKA KEPADA PEMBEKAL / DISTRIBUTER
Baja Organik BIO KING merupakan produk terbaharu di pasaran yang telah dijalankan R&D di ladang-ladang pisang, betik, nanas, getah, sawit dan sayur-sayuran di seluruh negara. BIO KING telah berada di pasaran semenjak 2008 dan telah menjadi pilihan petani dan penternak di Malaysia dan digunakan oleh ramai pengusaha nursery dan ikan perhiasan di Singapura. BIO KING mampu mempertingkatkan kualiti dan hasil tuaian sehingga lebih 100%!!
Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan menjana pendapatan yang lumayan!!
KAMI MAMPU MEMBEKALKAN SEBANYAK 500,000 LITER SEBULAN DAN BOLEH TINGKATKAN PENGELUARAN BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK PASARAN.
e
RM150/liter - RM180/liter
Harga Borong :
RM45/liter (lebih 50,000 liter) & RM65/liter (kurang 50,000 liter)
Kaedah Penggunaan :
- 3 bulan sekali
- 1 liter + 200 Liter air bertapis, hujan atau perigi (tanpa klorin).
Kelebihan :
Kami menawarkan pada harga borong yang amat berpatutan dan dihantar kepada anda secara pukal. Anda boleh menjenamakan semula (rebrand) dan kami sedia membantu anda dalam aspek pemasaran.
Pokok sawit mula berbuah pada usia 2 tahun setengah kerana amalan pertanian yang baik. Tanah yang subur terbentuk daripada berbilion mikrob baik dan pokok menjadi lebih sihat dan berkualiti kerana mendapat khasiat yang mencukupi.
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda bahawa kebanyakan baja yang terdapat di pasaran yang terdiri daripada baja NPK dan baja organik yang sering kita gunakan adalah TIDAK HALAL?
Tahukah anda ada di antara baja tersebut berasaskan najis dan darah BABI? Tidak susah untuk memastikan sekiranya baja tersebut mengandungi unsur-unsur babi kerana alat pengesan unsur BABI boleh anda dapati di pasaran. Dan anda pasti terkejut dengan keputusan yang akan anda perolehi!!!
Umat Islam amat sensitif akan perkara ini dan pastinya akan menyukarkan golongan petani kerana mereka sentiasa memegang dan mengangkut baja-baja tersebut dan tentunya kena pada tangan, badan dan pakaian harian mereka.
JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA.
SEBAR-SEBARKAN!!
Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi
bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk
kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.
Penggunaan baja kimia
secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah
terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia
mahupun biologi tanah.
Dengan menggunakan baja organik, kerosakan tanah dapat diperbaiki
dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti
pertanian.
KEISTIMEWAAN
- Tidak berbau dan mudah digunakan.
- Tidak mengandungi zarah yang
membahayakan kesihatan malah meningkatkan Microb dalam tanah.
- Sesuai untuk semua jenis tanaman.
- Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
- Tidak mengandungi bahan kimia.
- Selamat digunakan dan tidak membawa
sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
- Bebas daripada Parasit, Pathogen &
Phytotoxin.
- Meningkatkan daya tahan tanah.
- Befungsi sebagai "Growth
Stimulation" dan "Soil Conditioner"
- Bebas dari benih rumput dan tanaman
liar.
- Membaiki tanah yang rosak hasil
pengunaan baja kimia.
- Meningkat hasil tuaian sehingga 100%.
- Hasil tuaian menjadi lebih sedap.
- Harga yang murah serta bermutu
tinggi.
- PASTINYA HALAL
Apakah MIKROB & Peranan Mereka?
Mikrob adalah bentuk kehidupan yang tertua
di bumi (berusia lebih dari 3.8 billion tahun). Mikrob adalah organisma mikro skopik,
kulat, bakteria, protozoa dan virus jenis mikrob yang berbeza sifatnya.
Walaupun anda tidak dapat melihatnya tanpa mikroskop, mikrob sebenarnya
berada di mana-mana.
Mikrob adalah pejuang yang terulung, ianya
boleh didapati hampir di mana-mana sahaja di bumi ini. Di dalam tanah yang berada di bawah kaki
anda, mungkin terdapat pelbagai jutaan mikrob. Bagi segenggam tanah, mikrob boleh
mencecah sehingga 1 billion.
Mikrob mengeluarkan oksigen lebih dari
separuh untuk keperluan kita bernafas. Terdapat mikrob pemusnah (pathogen)
yang boleh menyebabkan penyakit dan juga banyak mikrob baik yang membantu
haiwan dan manusia menghasilkan ubat-ubatan.
Kombinasi berbeza antara mikrob-mikrob yang
baik dapat membantu petani dan peladang bercucuk tanam dan menghasilkan
tanaman yang banyak tanpa menggunakan baja yang boleh merosakkan alam
sekitar. Tanah kita hidup. Walaupun, tidak kelihatan dengan mata
kasar, ianya ialah penghadam yang terhebat di bumi, sentiasa menghuraikan
bahan organik kepada bentuk yang boleh diguna semula “usable form” dan boleh
dikenal pasti, diserap oleh tumbuhan yang akhirnya memberi pertumbuhan yang
baru.
Keajaiban kehidupan organism yang kompleks
ini dipanggil mikrob, ianya bekerja keras mengubah kompaun organik yang
kompleks seperti tanin, lignin, protein karbohidrat, selulos, pektin dan
sebagainya kepada bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan dalam proses
pertumbuhan.
Mikrob membantu dengan menstabilkan
kandungan tanah dengan menggabungkan secara fizikal jisim-jisim tanah. Mereka
menghasilkan produk sampingan seperti glomalin yang bertindak sebagai “gam”
yang membantu mencantumkan jisim tanah liat dan bahan organik, dan seterusnya
menyumbang kepada penggabungan tanah. Semua ini terjadi bagi membentuk satu
tanah yang subur dan produktif.
Tanah yang subur sepatutnya mengandungi
tidak kurang dari 1 billion mikrob per gram. Kehadiran mikrob ini memastikan
nutrient akan sentiasa tersedia untuk tanaman pada kadar yang stabil. Walau
bagaimanapun, penggunaan berterusan baja kimia, racun rumpai, racun kulat dan
racun perosak akan menjadikan tanah tandus. Malangnya, mikrob-mikrob yang
kaya ini tidak dapat hidup dan bertahan lama di dalam persekitaran tanah
berkimia yang tinggi.
Mikrob-mikrob memerlukan makanan dalam
bentuk bahan organik bagi menjamin tanah yang subur dan produktif kepada
tanaman. Baja Kimia memberi makanan kepada tanaman, tetapi bukannya kepada
mikrob dalam tanah. Kaedah pertanian melalui sistem baja kimia telah menjadikan
tanah tidak seimbang yang akan mengudang serangan penyakit dan serangga serta
masalah alam sekitar saperti hakisan dan pencemaran air dalam tanah.
Peranan MIKROB Untuk Kesuburan Tumbuhan & Tanah
Mikrob memainkan peranan yang penting dengan
menyuburkan tanaman dengan memberikan nutrien yang diperlukan. Mikrob-mikrob ini kemudiannya membaik pulih
nitrogen atmosfera, melarutkan dan mengalihkan fosforos, memindahkan
elemen-elemen kecil saperti zink, besi, tembaga dan sebagainya kepada
tanaman.
Nutrien organik dalam bentuk asalnya, tidak
tersedia kepada akar tanaman untuk diserap.
Mikrob dalam tanah yang baik saperti “aerobic microbes”
dapat menyediakan nutrien yang perlu kepada tanaman melalui penguraian pemakanannya.
Nutrien dari penghadaman mikrob ini menghasilkan “microbial digestion” kekal
di dalam tanah sehingga tumbuhan bersedia untuk menggunakan nutrien tersebut.
Mikrob juga menghadam sesama sendiri, dan
mengubah nutrien organik untuk tumbuhan. Sebagai balasan pula tumbuhan
mengeluarkan bahan karbon untuk mikrob sebagai sumber tenaganya. Ianya
adalah satu eko sistem yang paling lama di bumi ini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan