Rabu, 27 Februari 2013

Kaedah Penanaman & Penjagaan Pokok Pisang


Kaedah Penanaman & Penjagaan Pokok Pisang


Pokok pisang amat sesuai ditanam di negara kita dan hasilnya amat menguntungkan jika betul cara penjagaannya dan pisang juga berbuah tidak mengikut musim.

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang perlu diambil kira semasa peringkat menanam pisang:

1. Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang.  Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata.  Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang.  Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok.  Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.

Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang.  Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%.  Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.

Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka.  Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi.  Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.

Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah.  Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok.  Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.  Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.


2. Bahan tanaman:

Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-


Sulur Dara    
Sulur Pedang
Sulur Payung
-    Akar akar sudah terbentuk
-    Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.
-    Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah.

Namun kini, penanaman pisang digalakkan menggunakan KAEDAH TISU KULTUR bagi mengelakkan penyakit MOKO yang disebabkan oleh sejenis bakteria yannama saintifiknya adalah Ralstonia Solanacearum E.  Penyakit ini berjangkit ketika memotong sulur untuk dijadikan bahan tanaman (perpindah melalui parang, cangkul dan merebak melalui tanah).  Kaedah tisu kultur dapat mengelakkan penyakit malah pokok lebih sihat dan buah yang lebih berkualiti.



3. Sistem Penanaman:

  • Tanaman Tunggal. Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan.  Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar.  Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
  • Tanaman Selingan.  Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama.  Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.

4. Cara penanaman:
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki).  Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat.  Digalak menggunakan Baja Bio King bagi membiak mikrob untuk menyuburkan tanah ketahap maksima.  Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.

5. Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm.  Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan.  Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.

Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport.  Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja).  Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.  Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang.  Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.

Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua.  Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.

6. Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari.  Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan.  Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi.  Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.


7. Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan.  Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan.  Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan.  Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.


8. Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman.  Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.


9. Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.


10. Pembungkusan Tandan Pisang:
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang.  Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong.  Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.

Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu.  Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas.  Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.


11. Kutipan Hasil:
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam.  Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian.  Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian.  Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah.  Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan   lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah.

SELAMAT BERJAYA

Ahad, 17 Februari 2013

Baja Organik BIO KING - Pengedar dialu2kan


BAJA ORGANIK BIO KING


TERBUKA KEPADA PEMBEKAL / DISTRIBUTER

Baja Organik BIO KING merupakan produk terbaharu di pasaran yang telah dijalankan R&D di ladang-ladang pisang, betik, nanas, getah, sawit dan sayur-sayuran di seluruh negara.  BIO KING telah berada di pasaran semenjak 2008 dan telah menjadi pilihan petani dan penternak di Malaysia dan digunakan oleh ramai pengusaha nursery dan ikan perhiasan di Singapura.  BIO KING mampu mempertingkatkan kualiti dan hasil tuaian sehingga lebih 100%!!

Anda dialu-alukan menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan menjana pendapatan yang lumayan!!

KAMI MAMPU MEMBEKALKAN SEBANYAK 500,000 LITER SEBULAN DAN BOLEH TINGKATKAN PENGELUARAN BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK PASARAN.
e
Harga Pasaran :  

RM150/liter - RM180/liter


Harga Borong :

RM45/liter (lebih 50,000 liter) & RM65/liter (kurang 50,000 liter) 


Kaedah Penggunaan : 

-  3 bulan sekali

-  1 liter + 200 Liter air bertapis, hujan atau perigi (tanpa klorin).


Kelebihan :

Kami menawarkan pada harga borong yang amat berpatutan dan dihantar kepada anda secara pukal.  Anda boleh menjenamakan semula (rebrand) dan kami sedia membantu anda dalam aspek pemasaran.








Pokok sawit mula berbuah pada usia 2 tahun setengah kerana amalan pertanian yang baik.  Tanah yang subur terbentuk daripada berbilion mikrob baik dan pokok menjadi lebih sihat dan berkualiti kerana mendapat khasiat yang mencukupi.







TAHUKAH ANDA?



Tahukah anda bahawa kebanyakan baja yang terdapat di pasaran yang terdiri daripada baja NPK dan baja organik yang sering kita gunakan adalahTIDAK HALAL?

Tahukah anda ada di antara baja tersebut berasaskan najis dan darah BABI?  Tidak susah untuk memastikan sekiranya baja tersebut mengandungi unsur-unsur babi kerana alat pengesan unsur BABI boleh anda dapati di pasaran.  Dan anda pasti terkejut dengan keputusan yang akan anda perolehi!!!

Umat Islam amat sensitif akan perkara ini dan pastinya akan menyukarkan golongan petani kerana mereka sentiasa memegang dan mengangkut baja-baja tersebut dan tentunya kena pada tangan, badan dan pakaian harian mereka.  

JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA.  
SEBAR-SEBARKAN!!


APA ITU BAJA ORGANIK DAN KELEBIHAN BIO KING


Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

Penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. 
Dengan menggunakan baja organik, kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian.

 KEISTIMEWAAN
  • Tidak berbau dan mudah digunakan.
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan malah meningkatkan Microb dalam tanah.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
  • Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
  • Bebas daripada Parasit, Pathogen & Phytotoxin.
  • Meningkatkan daya tahan tanah.
  • Befungsi sebagai "Growth Stimulation" dan "Soil Conditioner"
  • Bebas dari benih rumput dan tanaman liar.
  • Membaiki tanah yang rosak hasil pengunaan baja kimia.
  • Meningkat hasil tuaian sehingga 100%.
  • Hasil tuaian menjadi lebih sedap.
  • Harga yang murah serta bermutu tinggi.
  • PASTINYA HALAL

Anak Pisang Tisu Kultur

Baru di alih ke tapak semaian




Sedia untuk diserah kepada pembeli
Kami membekalkan anak-anak pokok tisu kultur anak pisang berangan, pisang abu dan pisang tanduk (3 biji). 

Anak-anak pokok pisang telah ditanam di dalam polybag dan diserahkan kepada pembeli pada ketinggian 6 inci - 8 inci.  


Harga :

RM2.60/pokok dan RM3.50/pokok (pisang tanduk)